Hari Raya Aidilfitri 2010

wahh..beraya sakan ye semua.. 😀 aku pon memang takde masa nak update blog…jangan kan nak update..laptop pon hari raya ke-3 baru nak bukak..tu pon tak buat ape2 pon..just transfer gambar ke laptop jek..hehehe..

baru la hari ni sebok2 nak upload gambar..hehehe..letih woo beraya..aku ni pon cam dah ala2 ada mild selesema and sakit tekak…hadoi..asik dok minum air and kuih2 manis jek agaknya ni..hehehe..

raya tahun ni turn kat Klias plak dulu..sabtu ni baru balik kajang..ni gambo2 raya kitorang..untuk hari raya pertama..

hari raya

 

kacau daun..

ayah alif ni dok kacau daun plak..hahaha..

alif and pak cik uming

alif dan pakcik

alif dapat duit raya

happy betul tu muke orang dapat duit raya…hehe..

family photo

ewahh...

alif bergaya ngan baju melayu dier...

siap sampin lagi tu raya tahun ni..hehehe..bergaya betul en. Alif beraya tahun ni..mahal lagi tu baju melayu dier..kitorang tak reti la plak nak beli kat mana baju melayu murah untuk budak2 ni..last2 bantai jek la beli kat 1Borneo..ngan sampin tu RM100++ gak laa..

kay le..kalau rajin kang baru upload gamba2 hari ke-2 raya.. 😀

 

Kad Raya untuk korang semua..meh nengok meh.. :D

Selamat Hari Raya 1431H

tinggal lagi 3 hari jek kita berpuasa…kejap jek rasanya kan…cam baru jek lagi start kita berpuasa di bulan ramadhan ni..tup2 dah nak masuk syawal dah…

jadi sempena hari raya yang dah nak dekat ni..so kami di blog beba-anas ni..aku, en anas and en alif..nak mohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap kat korang semua…0-0 la ek.. 😀

kepada yang aku ade berhutang hadiah ke barang ke tu…pon nak mintak mahap juga..akan aku usahakan untuk mempercepatkannya..seriously sangat busy sekarang ni…my time for work tak cam orang kerja opis ni..sangat limited..tu yang tak menang tangan tu..sampai blog ni pon cam dah terbiar jek..jarang dah update..heheh..

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kawan2 semua..tak kira lah..kawan kat internet ni ke..kalau sekolah ke..kawan MMU ke..sape2 jek yang datang melawat kat blog ni..semua pon aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..Semoga raya korang hepi2 ye.. 😀

p.s: pada korang yang nak kad raya digital percuma bule download kat sini ek.. 😀

Incoming search terms:

  • kad hari raya 3d (68)
  • kad raya 3d (50)
  • template kad raya (40)
  • kad hari raya (16)
  • design kad hari raya (11)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia, Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warganegara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka, MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku Merdeka

mesti semua orang pon tau kan lirik lagu ni.. 😀 mana tak nya..mmg tiap2 tahun mesti ade dengar punye laa..hehhe..

Hari ni 31 Ogos 2010, dah 53 tahun Malaysia merdeka, hopefully Malaysia akan kekal aman dan bahagia camni selalu..aku tak kesah la pasal politik2 ni..sape nak memerintah etc..yang penting Malaysia tetap aman jek tenteram makmur etc2.. 😀

I’m proud to be Malaysian!!

hari kebangsaan ke- 53

dah abes tengok baru tau yang sambungan dah kena cancelled..huu..

lately ni memang rasa cam busy jek (tapi sempat jek tengok TV series..hohoho.. :p) hari tu kan aku cakap yang aku tengok cerita Flashforward tu kan?? dah tamat dah pon…tapi of course seperti biasa lepas aku dah tamat tengok season tu mesti nak check pasal season seterusnya kan..so aku pon google laa…tup2 tengok..kata FlashForward Season 2 dah pon dicancelled oleh ABC (tv kat america yang buat cerita ni)…huuu..awatnyaa laaa..kata diorang cerita ni rating tak berapa bagus and makin menurun…dari ape yang aku tengok..cerita ni best jek..cam tak sabar2 nak tau sambungan lagi..tapi apakan daya…huuu..

orang2 kat US (and mana2 yang ada siarkan FlashForward ni la) ada la wat kempen untuk SAVE FLASHFORWARD ni…and according to page tu the current status for FlashForward ni:

So, here’s what we know…1. Our Blackouts and Letters are helping change ABC exec’s minds. 2. Since we have been flooding abc and now fox with so much FF mail, (from all over the world), both networks have hired temps to help sort the mail. 3 There is an “unofficial” decision made regarding FlashForward’s future”. Ple…ase Keep sending Letters to ABC and FOX!

hohoho..harap2 ada la good newsnye nanti..

flashforward season 1

jom tengok flashforward!!

pas ni nak tengok cerita ape plak ek.. ? 😀

any suggestions kawan2?

 

Snickers Hunting Mission; Status: Mission Accomplished!!

wohooo…akhirnya dah jumpa Snickers!!

dah lamanya rasa aku tak tengok blog sendiri..heheeh..busy ngan kerja and busy gak ngan Alif…2 hari lepas Alif demam plak..hari ni cam dah sihat dah tu…cuma nak mengabiskan antibiotik dier jek la lagi..dah la dah susah balik nak makan ubat…haahhaa…

woh..berbalik pada mission untuk mencarik Snickers ni..akhirnya dapat gak pekena Snickers…adakah ni berkat bulan Ramadhan?? hehehe.. :p

2 hari lepas masa Alif demam tu kitorang pergi la klinik..pastu cam terlalu kat 7E kat Inanam…selalu gak lalu situ..everytime kalau pergi klinik (beberapa kali setahun..hehe) tapi tak tersinggah..

and masa kitorang wat ronda2 mencari Snickers di Kota Kinabalu hari tu..just pergi kat Damai, Likas, bandar KK and mana lagi ntah..tapi tak gi plak kat Inanam..hehe..

so nak dijadikan cerita..masuk jek..round2…pap…terpampang snickers ada less than 10 bars kat atas rak tu..wohhooo..pelagi..sambar la 2 ketul (cukup la 2.. :p) lenkali bule beli lagi..hohho..

snickersp.s: akhirnya dah dapat hajat di hati…at least one of them laa..hohoho…tu untuk update pasni plak..hehe.. 😀

 

Mari kita tulis code PHP…

cam dah lama plak aku tak tulis code PHP..hehe..selalunya tulis HTML jek and CSS, ada la sket2 wat PHP here and there…tadi pagi aku dok tulis code untuk migrate kan database bos lama aku from Creloaded 6.15 to OpenCart 1.4.8. Pening gak nak relatekan table ni ke table tu etc2..hohoho..dah berkarat dah pasal mysql ni.. :p

 

coding

pic: google.com

tapi aku memang suke wat coding2 ni..kalau dah start buat tu kadang mmg tak bule nak berenti la plak..sedar2 cam dah berapa jam dah berlalu..heheh..

Just FYI Creloaded and OpenCart ni dua-dua pon e-commerce open source software. Tapi awatnya Mr.Mills (bos lama ku itu) nak tukar plak..?

nak dijadikan cerita website dier kena hacked ngan orang tak bertanggungjawap and masukkan page2 untuk phishing2 ni…and of course ini disebabkan oleh old version of Creloaded yang memang dah dikenali ngan security vulnerability nya..aku check2 tengok Creloaded ni dah version 6.4 dah skang..then nak upgrade cam banyak bunyik jek (pening aku tengok manual dier byk sangat steps..dah la takle direct upgrade from 6.15..huu)..so..ape lagi..pindah jek la kat OpenCart..lagipon aku cam suke OpenCart ni for it’s simplicity..tapi still ada all the basic functions needed to operate a good shopping cart website.. 😀

Baru migrate tables yang related to ‘categories’ and ‘manufacturers’..pasni nak kena migrate ‘products’ pulak..ni la yg kerja besarnya..ngan product options lagi..haiyo..

wohoho..sudah2 la tu aku dok cerita pasal kerja coding2 aku ni..heheh..

p.s: nak buke ape ek nanti??