Hi dan assalamualaikum. Another printable freebie daripada aku. Setelah sekian lama tak bersiaran dan aku pon dah lama dah pencen dan tak buat dah quiet book ni. Hahaha. Tapi tu la dari aku biarkan quiet book template ni lama lagi dalam draft post aku, elok la aku published dan share kat korang.
Aku buat template ni dulu pon sebab ada yang kawan-kawan yang macam berminat dengan page ‘Alien Zipper’ busy book yang aku pernah buat dulu tu. Korang boleh tengok kat post lama aku pasal busy book yang sebelum ni kat sini: Quiet Book for The Kids – Siap!. Mesti ramai korang pon anak dah besar-besar dah. Hahaha. Tapi takpe, mungkin masih ada juga ramai lagi yang lain dapat guna template ni.
Benda ni aku buat masa Azri kecil kot, dalam umur ntah 2-3 tahun gamaknya. Punya la berzaman duduk dalam draft tak juga dipublish, sampai la harini. Hahaha.
Jadi nya as promised (janji tak dicapati tau, cuma lambat la kan :D), silalah download template quiet book ‘Alien Zipper’ ni. Ada juga yang panggil busy book, tapi busy ke quiet ke yang penting budak-budak leka la kejap dia dok hadap page ni.
Simple je page ni. Kalau Azri dulu, kalau dia main dengan page Alien ni, dia suka dok nak makan cookies tu. Hahaha. ‘Cookies, nyum, nyum’ kata Si Azri.
File template ni aku bagi dalam PDF form. Dalam file tu juga ada aku sertakan sekali tutorial pendek on how to use the template. Tutorial jahit-jahit takde la, tapi selalunya kalau buat quiet book ni, korang cuma perlu tahu dua jenis jahitan je. First blanket stitch dan kedua jahit jelujur. Memang senang sangat la kalau nak buat page ni. Bentuk-bentuk yang nak dipotong pon simple je.
Itu je la aku nak share, jadinya kalau ada yang guna template ni nanti share la dengan aku nanti apa hasil kejadiannya ye. ๐
Lama betul dah tak bersiaran di blog ni. Takda alasan pon nak bagi kenapa lama tak menulis apa-apa. Cuma itu la, mood nak menulis blog tu macam tak sampai je, walaupon banyak kali jugakan aku cakap nak sambung menulis balik. Hahaha. ๐
Untuk harini cukuplah aku cuma nak cerita yang blog ni baru je aku pindahkan ke hosting yang baru. Lama juga aku setia dengan hosting provider yang sebelum ni. Ada berbelas tahun juga, tapi begitulah kehidupan, ada masanya kena juga kita berubah arah. Eh.
Belum lagi terdetik dalam hati aku nak turunkan blog aku ni. Sayang lak, dan dalam ni banyak juga kenangan lama. Ala-ala sentimental la gitu. Hahaha.
Haritu ada aku godek-godek balik files dalam laptop aku ni, masih ada lagi files printables yang aku nak kongsi tapi rupanya tak upload pon lagi. Nanti la kalau ada masa aku post, rupanya memang ada dalam draft aku. Rugi pula files tu dok diam je dalam laptop aku gitu je takde bagi manfaat kat sesiapa pon dia sana.
Oh, lari tajuk sikit, tapi nak cerita gak. Kan sebab dah lama aku tak menulis kat sini, jadi nak bagitau yang aku sekarang ni dah tukar hobi buat game pula. Ke aku pernah bagitau? Ntah la tu ?
Alhamdulillah, seorang lagi hero yang akan menambah kemeriahan dan keceriaan keluarga kami. Pendek kata percubaan ayahnya untuk dapatkan anak perempuan tidak kesampaian. Cukuplah setakat ini sahaja. Hahaha. Walaubagaimana pon kami sangat bersyukur Adil lahir ke dunia dengan sihat dan selamat.
Meet our 4th and the youngest baby boy, Adil bin Anas.
Lahir sehari awal dari EDD dia pada 23 Ogos 2020 dengan berat 3.44kg. Dialah yang pegang rekod berat lahir yang paling tinggi antara semua adik beradik. Memang solid la seketul keluarnya. Hahaha.
Sekian update untuk kali ni. InsyaAllah nanti aku tulis tentang pengalaman bersalin untuk kali ke-4 ni pula.
Biskut Arab ni dulu-dulu aku tak kenal pon. Kalau tak silap aku la, pertama kali aku makan biskut ni, En. Laki aku yang bagi rasanya. Aku pon tak pasti la dia beli ke atau mak mentua atau akak ipar aku yang buat ke. Lupa dah. Hahaha. Tapi memang sedap aih. Aku pon tak pasti mana aku dapat resipi biskut arab ni, macam dah lama aku tulis dalam buku resipi aku.
Buku resipi aku ni memang dari awal kahwin lagi dah wujud dah, dan resipi biskut arab ni memang antara yang terawal dalam buku aku tu. Yang pastinya memang aku tak pernah buat lagi. Hahaha.
Beberapa hari lepas, adik aku Si Rina dah mula buat biskut raya. Untung la tahun ni ada adik yang memang terkenal dengan kerajinan buat segala kerja buat biskut ke kek ke masak apa-apa saja lah duduk sekali dalam masa ber’PKP’ni. Hehehe.
Biskut pertamanya ni lah. Biskut Arab.
Ada lagi satu resipi biskut yang macam lebih kurang juga, resipi biskut yang pakai minyak sapi segala ni tapi nama dia Biskut Cerelac. Ini pon sedap juga. Beberapa tahun lepas ada aku buat post resipi biskut tu. Boleh rujuk kat post ni: https://beba-anas.com/simple-recipe/resipi-biskut-cerelac-biskut-minyak-sapi.
Kitorang dah cuba biskut ni, dan memang helok kejadiannya. Jadinya kalau ada yang nak cuba guna resipi ni. Silakan lah ye.
Bahan- bahan:
500g Minyak Sapi
1kg Tepung Gandum
200g Gula Halus
Susu Tepung secukup rasa
Cara- cara:
Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
Uli doh dan terap
Bakar pada suhu 180deg selama 20 minit.
Biarkan sejuk seketika dan kemudian salutkan dengan campuran gula halus dan susu tepung.
Kalau ikutkan resipi biskut arab yang ni, dia terap, tapi di atas sebab-sebab yang tertentu, kasi bulat-bulat je lah. Tapi aku sarankan kalau nak bulat-bulat ni jangan besar sangat sebab nanti penuh mulut kalau sekali ngap.
Kali ni aku pilih a simple tutorial untuk ikut. Memang cepat je siapnya. Dan render pon sekejap je sebab render guna EEVEE instead of Cycles.
Just a little details, here kalau rajin nak baca. Kalau tak boleh skip terus kat gambar di bawah. Mihmihmih.
EEVEE ni renderer yang macam game engine guna, a little less realistic dalam shadows and stuffs tapi kalau nak render something yang less realistic or stylized style sesuai la sangat, dan sangatlah laju. Satu frame cuma ambil masa 2-4 seconds je.
Kalau Cycles ni dia raytracing renderer kalau tak silap aku lah nama dia. Kalau nak render yang photorealistic scene, ini lah yang kita guna sebab dia kira semua segala light path mak nenek tu untuk simulate real life lighting and resulting in longer render time. Berejam la juga.
Kalau guna volumetric lighting, lepas tu ada glass or reflection and what not, silalah start render dan tido! Hahaha. (Ini untuk orang yang macam aku yang spec pc/laptop tak berapa nak power ni lah)
Ada 6 videos semuanya. Gigih tak gigih buat tu. Akhirnya siap la juga.
Tapi ini gambar je. Tapi dalam tutorial memang dia siap ajar model, lepas tu rig, and animate sekali. Tapi aku takde render animation dia.
Lepas dah siap ni aku rasa macam seronok pula buat low poly style ni. Sebab macam cepat siap, cepat render, cepat segalanya lah. Jadinya aku cuba buat a scene guna low poly concept ni.
Gitu la rupanya. Hehehe. Boleh la kan. After like 3 months of pembelajaran gitu.
Hopefully more project to come after this. Nanti aku update lagi my Blender 3d learning journey. Gituuuu…. ๐
Recent Comments