Dapur Beba

Semenjak dua menjak ni kalau korang one of my friend kat FB mesti korang perasan aku dok asik post pasal makanan je kan. Hahaha. Jangan tak tau, dah siap pandai ade hashtag dah. Silalah check out hashtag saya #dapurbeba ye. Kat FB and Instagram.

Tak pon kalau ade resepi yang aku rasa macam menarik and nak try ntah bile la tu kan. Korang boleh tengok hashtag #resipidapurbeba. Disebabkan aku ni kan bukan jenis yang rajin sebenarnya. Most of the resepi boleh dikategorikan as senang and simple je. Kalau yang nampak complicated tu maybe aku berangan je nak buat sebab aku suka makan mende tu. Hahaha.

Aku pon tak sure ntah sejak bila aku rasa macam fun pulak dok membaking ni. Tapi aku still tak rajin nak masak lauk. Hahaha.

  

Some of hasil2 dari #dapurbeba untuk tahun ni. Hehehe. Maybe kalau orang kenal aku dok rasa aku ni dok kena sampuk kot. Tetibe je. Hahahaha.

Lagi satu sekarang ni dok minat tengok orang buat bento comel2 tu. Walopon aku takde la buat comel mana. Buat simple2 je tapi Alif suke la pulak kalau aku buat bento tu. Hehehe. And dia macam interested nak try different kind of food jugak. Ade gak yang tak berjaya pujuk makan. Tapi ade gak yang berjaya. Kadang ade syarat dia nak makan. Contoh carrot kalau gulung2 dalam telur dadar ke boleh makan. Or carrot masuk dalam masak kicap sampai lembut tu boleh lak makan.

Last time ade aku buat patty pakai crab filamen tu suka pulak dia. Padahal mende crab tu dia tak suke. Hahaha. Takde la aku bagitau kan origin menda alah dia makan tu. Siap letak capsicum lagi dalam tu.

Lain pulak kekdahnya Azri, dia ni ape je lah ko suap kompom dia makan. Hahaha. Ape je yang kitorang makan yang dia tak makan. As long as homemade takde letak extra cukup rasa ke pe time masak. Kitorang bagi je makan. Time Alif dulu macam banyak sangat restriction gituuu. Tu yang dia jadi picky tu. Salah mak gak lah kann. Hehehe.

Nah da lama tak update sekali update menjela kot. Hahaha. Ok lah. Tu je lah cerita aku.

Azri marah Abang Alif (Video) 

Hahaha. Azri dah pandai marah. Comel je dia dok geram ngan abang dia. Ala2 merajuk pon ade. Reasonnya Alif rampas raket badminton yang Azri tengah pegang. Alif pon satu gak, tak pandai nak mintak baik-baik dari Azri. Memang merampas je kerja dia. Banyak kali gak la dah cakap. Minta baik-baik. Sabo je ler…

Ayahnya pulak ade ke suruh budak kecik tu mengucap..hahaha.. macam-macam la ragam budak kecil ni.  Memang merajuk betul Azri ngan Alif. Membawa diri gayanya..hahaha.. sebenarnya ada lagi video sambungan, cubaan Alif untuk minta maaf dan berbaik ngan Azri which end up tak berapa nak berjaya sebab Azri jumpa barang mak pulak dok buat main. hahaha.. Gelak sendiri je mak orang ni.. :p

(Resepi) Chocolate Brownies Tersedap dan Senang Sesangat.

Kalau lah aku tau brownies ni rasa dia sedap gileee and bapak lah senang nak buat mesti da lama dah aku buat chocolate brownies ni setiap masa. Hahaha. OK. Macam over lak intro aku ni. Tapi gitu la betapa aku terpikat ngan rasa brownies coklat ni. Thanks to my friend Ain yang dok share resipi ni.

Resipi ni dah la sedap. Tengok rupe pon macam yummy gituuuu. Meh aku belanje gambo dulu sebelum bagi resipinya. Hehehe

Amacam. Tergoda tak? Hahaha. Aku plak yang terasa dok nak keluarkan perkakas nak buat sekarang jugak. (^_^); hahaha. 

Resipi asalnya dapat dari sini. Tapi for version yang aku buat ni kawan aku Ain tu dah alter sikit ikut suggestions from reviews kat website tu.

So kalau korang pon dah tergoda tengok rupe Brownies coklat sedap dan senang gile nak buat ni, silalah ikut resepi kat bawah ni and buat sendiri. Kalau tak ketagih tu tatau lah aku. Hahahaa.

Bahan-bahan:

  • 3/4 cup Butter (melted)
  • 2 Eggs
  • 1 1/2 tsp Vanilla essence
  • 3/4 cup Flour
  • 1/2 cup Cocoa powder
  • 1 1/2 cup White sugar
  • 1 tsp Salt

Cara-cara nak buat coklat brownies kita:

  1. Pre-heat oven to 175 degree Celcius. Grease an 8 inch square pan.
  2. In a large bowl, blend melted butter, sugar & vanilla essence. Beat in egg one at a time.
  3. Combine flour, cocoa and salt. Gradually blend into the egg mixture. Spread the batter into the prepared pan.
  4. Bake for 40-45min or until brownies begin to pull away from  the sides of the pan. Let it cool, then cut into squares. Makan! :p

Kat bawah ni ade gambar sikit macam mana process nak buat tu..Senang je takyah nak ada mixer ke kitchen aid ke kenwood ke..ade bowl besar ade spatula..Siap!

 Silalah cuba ye..lepas cuba mesti nak lagi..hahaha..

Incoming search terms:

  • resepi brownies (799)
  • resepi brownies mudah (428)
  • resepi brownies coklat (261)
  • resepi brownies simple (240)
  • resepi brownies sedap dan mudah (194)

Buat Roti Jala ni senang je rupanya (Resepi)

Kalau dah siap karinya bab buat roti jala rupanya takde la susah mana.

Aku pakai resepi roti jala dari website ni. Barang semua memang basic abes yang ada kat dapur. Dan yang penting memang sedap. Lembut je.

Campur semua blend. Tapis sket. Masuk bekas untuk buat roti jala tu. Boleh la start menjala. Aku gigih beli bekas mcm botol untuk buat roti jala kat Mr. DIY hari tu. hahaha..

Tapi bab cantik ke idok roti jala tu bergantung la kat skill orang yang menjala tu. Hahaha. In my case, memang porak peranda la rupa roti jala ku.

resepi roti jala lembut

Tapi at least kalau tengok dari gambar tadi tu ade la macam improvent ye tak? Dari mcm lempeng ke arah roti jala yang cun. Hahaha.

Ape2 kari tu memang feel abes la makan ngan roti jala. Tapi bukan saya yang buat kari ayam tu. Dak P yang masakkan. Hehehe. Thanks ye dak P. Lenkali masak lebih lagi kari ayam tu. Boleh buat lagi roti jala. Nyummm nyummm. 😀

So resepi roti jala tu cam kat bawah ni (aku halfkan bahan sebab bukannya ramai pon kan orang kat umah ni.. :p ) :

Bahan-bahan:

  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • sedikit pewarna kuning (aku pakai kunyit je)
  • sedikit garam
  • acuan roti jala ~ kalau takde, ade aku tengok orang tebuk lubang kat penutup botol air mineral kecik tu..pon boleh..

Cara nak buat roti jala:

  1. Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
  2. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
  3. Tapis adunan tadi.
  4. Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
  5. Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
  6. Tak payah terbalikkan.
  7. Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
  8. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air.

Selamat mencuba..nyum nyum..sedapnya roti jala..

Incoming search terms:

  • resepi kuih jala sabah (92)
  • kuih jala sabah (32)
  • resepi roti jala (24)

KFC Delivery Pon Dah Boleh Order Online Gituuu..

Hari ni saje je dok nak try order KFC online pulak. hehehe. Gigih tu aku message customer support diorang untuk registerkan alamat kitorang sebab aku search tak jumpa. Took them around 2 days gak kot tapi memang terus diorang registerkan and isi alamat ngan info semua siaplah. Tinggal aku login and buat order je. Lama gak da lah. Tapi baru hari ni nak cuba. Hehehe.

So. Tadaaaa.

Hehehe. Sampai depan pintu rumah hantar haa. Ini pon first time lah kitorang order delivery from KFC. Selalunya memang Pizza Hut je lah.

Kalau korang nak order KFC online gak bule gi kat website diorang: http://www.kfcdelivery.com.my/

Tapi mode of payment Cash sahaja. Takde lak online banking. Maybe sebab baru lagi kot. Nanti ade la tu kot.

Okay lah. Tu je.

Incoming search terms:

  • cara order kfc malaysia (14)