Cuci…cuci..cuci~~

Ni update gambo jek..tu pon gambo agak lama gak kot..hehehe..dah edit awal2 but tak terpost pon.. :p Gelagat Alif yang dok join ayah dia cuci motor..

Alif tolong ayah cuci motor

cuci cuci motor

cuci kereta pulak

basuh kereta kecil

siap dok pakai boot motor ayah dia lagi tu..pastu nak gak cuci kereta dia.. 🙂 terer tu..sebelah tangan pegang span..lagi sebelah tanak lepas dok pegang bola dia tu.. :p

hari ni berbuka puasa sorang jek kat rumah..dak p ade majlis buka puasa kat beaufort..malas nak ikot..hehehe..

 

Nak nak Raya ni ramai gak yang mencari ‘Resipi Biskut Raya’ ek..

Sudah lama aku menyepi kan? Seriously bulan Ramadhan ni memang macam masa tu memang sentiasa full jek..

Kalau korang antara yang cam rajin bertandang kat blog aku ni mesti perasan yang blog ni dah bertukar rupe kan?? This time warna Pink and Chocolate pulak template blog ni..kiut tak?? Pastu bertukar arah balik ke 2 columns and ape yang specialnye blog template ni..is that dia responsive..meaning kalau korang tengok kat smart phone korang dia akan mengecil ikot saiz handphone korang..but ade limit gak la kepada berapa kecik screen yang dia bole adapt..

cam dah lari dari tajuk plak dah aku ni..hehehe..yang tu nanti2 kita cerita lagi..but kalau nak gak template wordpress yang responsive cam gini bule PM aku kat FB page CreativelyBeba (Open in New Tab) or just contact me using my contact form.

Yang buat aku dok terasa nak buat post pasal ni sebab dah lama tak tengok Nuffnang then cam nak amik balik code advertisement nak masukkan kat template baru ni masuk la..and tertengok ni kat keywords yang datang masuk blog ni hari ni.

resipi biskut raya

semua pasal resipi biskut raya jek..hehe..

so nak kasi senang pada sesape yang dok mencari resipi biskut raya yang pernah aku post kat blog aku yang dah lama tak berupdate ni aku letakkan link2 yang ade aku share pasal biskut raya ni kat sini:

Setelah dicheck2 lagi..rupenye memang ade 2 jenis jek cookies nye..hahaha..memang tahun lepas pon aku buat 2 jenis biskut ni jek la untuk Hari Raya..tahun ni insyallah..nak buat lagi.. 🙂

Anyway..selamat berpuasa kawan2..and sama2 kita tambah2kan lagi ibadah di bulan Ramadhan ni..

 

Incoming search terms:

  • biskut raya simple (54)
  • resepi biskut terbaru 2013 (52)
  • resepi biskut raya 2013 (51)
  • resepi biskut raya terkini 2013 (38)
  • resepi biskut raya paling sedap (36)

King Alif of Penyuland~

king Alif of Penyuland

Amacam rupe King Alif…bukan prince ye..King ni..kate Alif la..” I’m King Alif! “.

The day before dia dok datang kat aku pastu tetibe dok cakap:

“I wish I have a crown”

Maybe ade la tu cerita tv yang dia tengok kat Disney Junior tu..cara cakap tu cam kesian la pulak kan..so aku pon keluarkan la segala tools aku tu then buat la satu crown untuk King Alif kita ni…pakai kertas jek pon..

King Alif's crown

aku nampak crown ni 2 hari jek..pastu skang ni tak tau la ke mana nye dah crown ni..hahaha..

Gambar Keluarga di Pelamin DIY Adik Aku (2 hari selepas Majlis)

Gambar from Official photographer cam belum ade kot..kalau kamera sendri tu ntah la..rasanya adik aku si Kichi ade dok amik gambar hari tu..but tak sempat plak nak tengok..hehehe..gambar ni kitorang amik before kitorang ke airport..yo laa..dah nak kena balik ke KK kan..kejap jek kat sane..ape pon tak sempat nak buat…huu…

gambar family depan pelamin

mak and alif posing depan pelamin diy

pelamin kitorang adik beradik sejak dari aku kawin dulu lagi memang DIY jek..sebab ayah aku cam tak berapa nak suke ade pelamin..but bagi kitorang yang lain kalau takde pelamin tu cam tak best jek..mana plak pengantin nak posing2 and nak amik gambar family segala..takkan la background  hodoh jek kot..ye tak?

pelamin DIY ni ala2 kira hasil usaha mak aku la..dia yang beli segala barang2nye..and time mendeco nye plak pukul 4 pagi hari majlis kendurinye..hahaha..platform tu mintak tolong suami kak yanti (pembantu mak seminggu sekali kemaskan rumah) buatkan..untuk backdrop kat belakang tu adik aku pakcik yas yang dok paku pepagi buta and staplerkan kain backdrop tu..kain kuning tu cam kain lama mak aku tak pernah gune..rasa cam cun plak letak gitu..cam ala2 pemanis la kot.. :p

bunga2 tu fresh flowers..lama gak tahannye ek..and mak aku la yang dok menggubahnye..seperti biasa~~

kerusi tu murah jek mak aku beli kat cavenzi..harga dah campur penghantaran ade la dalam RM170++ ke berapa ntah..lebih kurang la..lupe plak aku..

sumbangan aku kat pelamin ni? hehehe…sket jek..aku dok jahit crystal2 kat kerusi tu and cushions, then angkat2 and tolak2 ape yang patut..juga tukang memberi komen tak rasmi.. :p

panjang plak cite pasal pelamin DIY kahwin adik aku ni…heheheh..tu jek la kot..lastly just nak letak gambar Alif time atas plane jek..

alif reading his "map"

hobi Alif tiap kali naik kapal terbang..bile duduk jek nampak benda tu dok cakap “It’s my map!!”. Map la sangat kan..hehehe..tapi aku layan kan jek laa..suh dia bace..makin lama cam makin terer gak la Alif membace..last picture of the day~~ :p

Alif tengok luar tingkat kapal terbang

Incoming search terms:

  • diy pelamin sanding (62)
  • pelamin diy (45)
  • pelamin 2012 (26)

Melayan ‘Dejavu di Kinabalu’ kat Tonton

Owh..aku dah terjebak plak dok tengok cite drama Melayu..hahaha..first tertengok cite ‘Dejavu di Kinabalu‘ ni masa kat umah Kajang..tengok cam best la plak kan…pastu dok iklan la plak kalau dah missed any episodes ke ape ke bule tengok kat TONTON…so itu le keja aku 2-3 hari ni.. :p

dejavu di kinabalu

Citer ni cam nice gak laaa…and cinematography ke ape orang kata tu..mmg cantek..sedap mata memandang la kiranya..cite pon not bad gak la..walopon kadang jiwang nye semacam..hahaha..and rasa cam ade sket persamaan jek cite ngan cite Korea yang mak aku pernah tengok dlu2..kalau tak silap tajuknye ‘Summer Scent’..samenye cam dari segi: mamat sorang ni kekasih hati dah meninggal then cam donate jantung and the receiver tu pompuan plak (kalau lelaki tak jadik cerita kot.. :p )..then ditakdirkan diorang berjumpe..and mamat ni tengok awek ni cam ade persamaan plak ngan kekasih hati lama dia tu..dari segi perangai or habits..and cam ala2 tersuke la plak kan..yang awek ni plak..sejak dah terjumpe ngan mamat ni dok asik jantung berdegup2 la plak laju2 every time mamat ni dekat2 ngan dia..so nak dijadikkan cerita awek ni dah ade yang punye…

gitu la ala2nye..panjang la plak kan…skang ni kat tonton dah ade sampai episode 8…

So untuk Sinopsis cite ni adalah seperti di bawah:

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar (Aqasha) masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira (Tiz Zaqyah) yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra (Sharifah Nadia). Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir (Mior Mohd), seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Kuantan, Pahang. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Innara (Aishah Ilias) masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Holiday Villa milik keluarga Bazli (Nazim Othman) iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzma (Rebecca Nur Al Islam) yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Innara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dejavu_di_Kinabalu#Sinopsis

Okay la..nak gi buat kerja..ade order baru untuk WordPress Blog Makeover plak kali ni..gi carik idea jap..heheh.. :p

p.s: cam terigin nak memakeover blog sendri gak..dah lama kot pakai design yang ni..tunggu ada masa nnt.. 🙂

Incoming search terms:

  • tonton dejavu di kinabalu (32)
  • tonton (13)
  • dejavu di kinabalu (12)