Assalamualaikum and hi all, another update from me! Yay! Tiup habuk.. fuh fuh.. hahaha..
So another of my project yang belambak2 semua nak buat tapi tak terbuat..hahaha.. Actually memang dah lama dah nak buat membuku kan blog post kat blog ‘Habibah & Anas’ ni.. baru-baru ni je macam tergerak hati nak mula kan. The reason is sebab tengok offer yang takleh nak di tolak-tolak lagi dah..hahaha.. Tadaaa..
Erk.. RM 30 je oi untuk 8″x11″ softcover photobook ni! Terpaksa la beli..hahaha..kalau nak beli baik cepat sebab aku dah lambat actually buat post ni..hahaha..hari ni last promo ni.. harap-harap nanti Photobook Malaysia up lagi lah promo ni lagi..banyak kot post nak convert to book ni..buat masa ni mak rembat 2 biji je dulu.
Dah copy and paste post dari mula nya blog ni on January 2008 sampai Jun 2008..tapi tu pon macam dah nak penuh quota 40 pages..huu..kena tambah pages la gamaknya kot..kononnya plan tu nak buat satu buku for satu tahun..tapinya maybe jugak untuk tahun-tahun yang pemalas gila nak update blog tu kena la combine la kot maybe 2 tahun satu buku ke…
Simple je designnya..just monochrome gitu..buat black and white saje and of course untuk post yang ade gambar tu berwarna lah disitu.. Baru 3 pages yang dah siap designnye.. hahaha..
Sebenarnya macam ada berbelah bagi gak la perasaan tu samada nak buat hardcover book or just softcover je..tapi lepas buat kira-kira congak sikit..rasanya pakai softcover portrait photobook pon dah ok dah kot..
Project ni still ‘in progress’ tak sure la bila siapnya..hahaha..tapi yang pastinya voucher expired bulan 4 tahun depan..jadinya sebelum expired la kan…okay lah..itu je.. Azri dah marah-marah dah tu..huu..
Alhamdulillah..siap ponnnnnn quiet book saya ni..last time buat project felt sampai setahun baru nak siap..hahaha..kali ni macam bagus la sket kan..
Secara keseluruhannya saya sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya ni.. hihihi.. takde la kemas mana, newbie la katakan..tapi boleh tahan la kan.. So kat bawah ni lah rupa quiet book or busy book no. 1 bebudak ni.
Untuk front cover aku buat simple je..cheat habis lah..hahaha.. dan aku tak guna felt untuk cover page but PVC sheet instead. Sebab ikut pengalaman aku yang lepas dengan buku felt ABC yang amik masa setahun ni buat tu cover dia memang berbulu lah tapi bahagian dalam elok je felt tu tahan. Sampai sekarang pon ade lagi sihat walafiat buku tu whereas buku-buku Alif yang lain banyak dah yang koyak segala..hahaha.. kertas kan.. felt ni nak koyakkan pon takleh..
Untuk back cover pon sama juga pakai PVC sheet, mak kena la sign sikit kan kat belakang tu.. hehe.. gambar bawah ni overview of pages yang ada dalam Quiet book ni.
And lastly kat bawah ni tiba-tiba mak mengada nak letak video pulak kan.. jadinya video bawah ni just nak tunjuk pages tu jugak. Silalah tengok ye. Maaf lah kalau pening tengok sebab bergerak-gerak camera nya.. Nanti nak beli mende alah pemegang handphone tu lah. Boleh la nanti buat tutorial ke pe pulak..hahaha.. macam-macam la benda aku nak buat kan.
Actually this was an unplanned activity for Alif, sebelum ni memang ada gak niat nak ajak dia masak-masak mende simple. So nak dijadikan cerita, few days ago on 6 oct haritu macam petang-petang dok lapo..malas plak tu nak buat ape-ape yang renyah ni..hahaha.. so tengok-tengok dalam tempat makanan macam ade sikit lagi roti. Jadinya mokcik decided to make egg toast je ngan cheese. And tetibe macam terasa nak ajak Alif buat sekali..
Tadaaa..
Itu lah hasilnya. Aku tolong sikit je, bab pasangkan api letak minyak dalam pan. Pastu bagi instruction and demo lah sikit mana perlu. Bagi kat Alif crack the egg habis la separuh telur tu tumpah ke bawah je..huu..nasib la cukup je nak salut semua roti tu..hehehe..
Okay la for a first timer. Budak laki lak tu..hahahaa.. Aku dulu kecik-kecik mana reti masuk dapur..hahahaa..main masak-masak kat tepi longkang je potong-potong memacam jenis bunga-bunga warna warni mak aku..hahaha..lepas dah kahwin baru lah dok belajar nak buat gulai segala mak nenek makanan ni…hohoho…
p.s: Next activity for Alif, nak ajak buat Kek coklat microwave pulak.. 😀
Another felt project by Beba..ye haa! Hahaha.. Project ni dah lama plan and dah almost siap dah sebenarnya.. tinggal sikit je lagi, tapi barulah sekarang nak buat post pasal project ‘Quiet Book’ ni.. or some people panggil ‘Busy Book’ tak kesah la memanakan.. tapi tujuan quiet or busy book ni ialah to keep the kids occupied and to let them busy playing the book so that they can be quiet..hahaha.. Sesuai la dua-dua nama pon.
Like every project, kita start dengan planning dulu..initially my plan is to make 1 quiet book that contains 8 activities in it. 1 page 1 activity. Lukis buduh2 je plan pages activity ape and roughly how I want it to look like gitu.. Please forgive me for the bad handwriting.. hehehe..
Tapinya sejak aku start buat project ni and dok jahit-jahit tu, En Alif kita rajin betul duduk kat tepi sebok dok bertanya segala macam soalan, macam mana nak main lah, mak buat ape lah, ni ape ni mak etc2..poning mak melayan. Jadinya kang kalau buat satu je dah berebut pulak kot ngan Azri, kang da kecik hati ke pe pulak. So tukar la plan sikit. Jadinya buku tu nanti ade 2, with 6 activities dalam tu. So Mak kena tambah lagi 4 activities. meaning another 4 pages and another cover jugak. Bertabah lah mak..hahahaha..
Ok..panjang pulak cerita pasal planning. Lepas dah plan nak buat page ape segala ape ni kena lah gather all the materials. The most important material for this quiet book are the FELTS! Lots of colors..hehehe.. and yes..aku plan siap2 untuk page tu basic page is felt warna ape then for pokok daun semua tu..creatures and stuffs..agak2 je la berapa felt nak pakai and warna ape. Beads, ribbons, buttons segala mak nenek ntah ape2 tu..and sewing kit jangan lupa plak..jarum and benang macam2 kaler, gunting and etc..since before this pon macam dah berproject felt (project felt yang amik masa setahun nak siap..hahaha..bule bace kat sini :p) so most of the basic stuffs dah ade, dan jugak yang lebih-lebih felts sikit-sikit yang ade.
Tapinya kalau dah royan beli supplies berterbangan jugak la $$$$$.. hahaha.. semua craft supplies ni memang aku borong kat JajaKraf je..malas dah nak carik kat lain. Lagipon since dia pon based kat Tuaran je..jimat sket nak bayar tambang bendalah tu..hahaha..
Sakan mak shopping..hahaha..
Okeh..plan siap! Barang semua ade..Siap! Ape lagi..start la buat..hahaha..dalam post ni takde tutorial or apa-apa freebies, cuma nak share keroyanan and kegumbiraan makcik beba sebab macam agak berjaya dalam ‘almost’ menyiapkan quiet book ni. Sikiiitttt je lagi..tapi nak gak post kat sini..ahahha..nanti dah siap buat post lain plak.. hahaha..
Jom tengok pages yang makcik beba ko dah siap buat:
‘My NAME is’ page. Somehow aku rasa page ni buruk..ahahahah..tatau la ape yang tak kena..tapi dah malas nak tukar ape2.. kat page ni untuk bebudak ni supaya tau eja nama macam mana.. Alif of course la tau eja nama dia dah..tapi since dia duduk kat sebelah tengok je ape aku buat..so kena lah buat sekali untuk dia..hihihi.. Nasib baiklah nama anak2 pendek je..pulak tu share 2 huruf yang sama.. senang kerja mak.. just tambah huruf ‘L” and ‘F’ je untuk nama Alif. Beg poket bawah tu untuk simpan semua huruf-huruf tu kalau tak dilekatkan kat velcro strip atas tu.
Tak tau apsal buat Apple picking page padahal duduk Malaysia..maybe lepas ni patut buat page petik mangga ke, buah kedondong ke..hahahaa.. dalam page ni apples tu guna snap buttons kasi lekat kat pokok tu..and bushes tu act as poket jugak.
So far, this is Azri’s favorite page..bukan dia kira kay..dia berusaha nak masukkan beads tu dalam mulut dia..hahahaa.. page ni takde plak gambar yang dah siap rupenya..hahaha.. Kata Alif, jellyfish tu cute..
Bawah ni plak untuk aktiviti ikat tali kasut. Aku bagi Azri kejap, aku rasa dia nak masukkan kat kaki dia plak..hahaha..
Match the shapes..konon2 belon la ni ade bentuk..bear comel tu pegang belon..sebab ape buat camni. Actually sebab mak risau kalau mende ni dibiarkan loose nanti dia akan lost..hahah..
and lastly…page Alien..one of my fav page. I did have fun making this one. hehehe.. Alien suke makan cookies dan cookies pon mak kasi ikat dalam mulut alien tu..hahaha..
So currently kerja aku ialah to sew all the pages together, buat cover dia sekali and bukukan. Which nanti aku akan postkan camne end resultnya quiet book ni.. InsyaAllah target aku untuk siapkan dalam minggu ni jugak. Tak sabar nak siapkan..hehehe..
Oklah..itu je update untuk kali ni..
p.s: Owh..since hari tu ade member aku yang berminat ngan page Alien ni and request for template..InsyaAllah nanti aku sharekan kat blog ni dan jugak instructionnya camne nak guna template tu..
It’s been a while since aku BERNIAT nak berplanner-planner ni..hihihi.. Niat di hati tu of course lah nak improve sikit discipline diri ni..so start dulu from task level je.. Task management. Hari-hari buat TO-DO list and try to complete it all dalam hari tu..before this ade jugak buat..pakai post-it notes je..memula ok gak lah..then macam slowly ke lauttt juge..hahaha.. So far it’s been almost 3 weeks aku start berplanner ni. So far so good.
Memula tu takde la macam ade specific planner in mind ke pe..tapi macam ingat nak carik freebies kat internet je..tapinyaaa tetibe, tak ingat sape ntah dok share satu video ni kat FB, and ntah kenapanya aku pegi tengok..terus la macam..haaa..nak macam tuuu… hahaha..gedik tak gediknya..nak dipendekkan cerita akhirnya aku berjaya siapkan my own handmade fauxdori planner saya. Pakai kertas sajeeee…
Boleh la kan..hahaha..jimat punya pasal..mahal wooo aku tengok mende alah planner ni.. kat bawah ni gambar dalam dia..normally for fauxdori ni (yang original punye called midori traveller’s notebook) macam ade diorang buat dashboard bagai.. tapi aku belum ade lagi..dah ade dah idea nak buat camne. Poket transparent tu aku beli kat Daiso je..untuk simpan stickers etc untuk konon2 nak deco pages kasi comel-comel gituuu.. tapi takde la comel mana pon kaannnn…
One reason kenapa aku terpikat ngan planner jenis ni sebab macam tengok diorang dok deco2 cantik nyaaaa… So far ade banyak gak brand yang glemer macam filofax, kikki k la ape la bagai..masing2 macam style lain2..yang Midori ni..which my fauxdori inspired from dia cuma pakai elastics je bind inserts segala tu. And inserts tu pon boleh buat sendiri juga. Kat Etsy banyak aku tengok jual pdf template for inserts ni, tapi harganya boleh tahan gak la kalau convert ke RM..lagi2 lah dengan keadaan Ringgit sekarang ni kan.. kalau nak personalize tambah lagi duit..hahaha.. Jadinya aku pon buat je la sendiri and fully personalized untuk kegunaan aku.
Gigih yang gedik gak la kan..hahaha.. nak jugak tu.. Meh tengok ape inserts yang aku letak dalam fauxdori saya ni..
First insert dalam planner aku ni untuk Personal Details. Ade pages for personal info, life goal, wish list, fav thing, love ones, and password log.
For monthly and weekly planner aku buat undated je. Senang tak yah buat banyak2 kali kang.. dalam satu insert aku letak 3 months worth of pages. Month at a glance page untuk letak tarikh2 penting, macam birthday ke appointment doctor ke public holidays ke pe ke..then weekly pages untuk daily tasks and what to achieve untuk minggu tu. No daily planner for me..it’s too much..hahahaha..saya tak mampu..
Ini plak insert untuk Project Planner saya. Contoh macam project ‘Quiet Book Azri’, project ‘2014 review photobook’ and etc..
And sebagai blogger picisan, nak jugak lah ade blog post ideas planner ni.. hahaha..
yang ni pulak insert untuk party planner. Kegunaan untuk setahun sekali kot..hahahaa..print sekali bule guna few years.. selalunya party birthday bebudak ni je lah pon.. InsyaAllah tahun depan ingat nak buat kat rumah sendiri pulak..nak cuba-cuba host makan-makan sendiri kat rumah sendiri. Sebelum ni samada kat rumah PIL or rumah mak pak aku kat Kajang or kat tadika je.. tengok lah macam mana..kot kesampaian niat aku tu..hihihi.. 😀
Ade lagi satu insert sebenarnya..untuk conteng-conteng je..for random thought, doodles, ape2 je lah..tak plak amik gambo..tapi aku just buat grid pages je..
Hehehe..mak still excited ngan planner ni..baru nak belajar-belajar macam mana nak deco sikit2..gi memana sebok carik stickers and washi tapes memurah and comel-come..hahhaa..
Okay lah..tu je lah celoteh saya untuk post kali ni..
Recent Comments