En. Alif ikat rambut..

dak kecik ikat rambut

dak kecik ikat rambut!!

woohh..bukan aku yang ikat ekk…ni keja nenek alif  :p

gambar ni amik masa kat kajang hari tu…aku lepak2 kat living room…then masa dok gi menjenguk en. Alif kat tempat tengok TV tu memang dah camni dah..dok terngange tengok TV ngan rambut berikat…hahaha..

memula dier ok jek..maybe sebab takde orang sebok2 nak amik gambar dier..haha..tu la terus cam tarik2 nak bukak… 😀 tapi sekali ni jek laa..

teringat plak dlu masa zaman muda2 dak p..rambut dak p dlu cam alif ni laa..(alif yang ikot rambut bapak dier.. ).

Masa mula-mula couple dlu dak p mesti ade getah rambut kat lengan dier..haha..kalau nak makan ke per nanti dier ikat la rambut half cam ala2 alif ni..aku memang suke lelaki rambut panjang ni…tapi takde la yang panjang sampai cam pompuan sampai ke pinggang tu..tu melampau..hahah.. :p dlu masa skolah (form 3) pon rambut dak p panjang..zaman tu kan glemer rambut nick carter (BSB..my fav band dlu2..masa nak peksa SPM dlu kaset Millennium tu boleh ulang sampai berapa kali ntah..) rambut dier gitu la dlu..so aku pon ada la cam suke2 sket..hahaha.. :p tapi masa tu dak p pendek jek..tinggi lebih kurang ngan aku jek kot..

tapi skang ni..pantang panjang sket dah nak kena potong..alahai..so alif jek la yg kena paksa berambut panjang.. :p

love at first bite..

I’m in love!! hehe..

seriously memang aku dah jatuh chenta..dengan sape? tak eh..hehe..dengan ni haa…

GCB from McDonalds

bertambah lagi satu favorite burger aku from McD ni..sedap gle wei..dah 2 kali makan dalam bulan ni..cam kalau bunyi orang kata terngiang2 kat telinga..yang ni cam terasa-rasa jek kat lidah tu kesedapan GCB ni..yum..yum..

GCB McDonalds

Aku rasa McD la fast food restaurant yang belum pernah lagi mengecewakan aku ngan kualiti and new burgers or other food yang diorang perkenalkan..prosperity burger, ape dulu yang foldover tu..chicken and beef..tak ingat aku nama dier..tp mmg aku suke dlu tu..

yang lain2 cam burger king, pizza hut and KFC especially ada gak yang mengecewakan aku..

paling teruk pengalaman aku ngan KFC laa..several times gak terkena..tapi maybe sebab cawangan tu yang buat hal kot..tak tau la aku..first time beli yang the new zinger tower kot..mmg disappointing..cam kering semacam jek..then another time plak cheezy wedges aku..cheese dier cam dah basi kot..semacam gile la rasanya..huu..ade pulak one time tu..ayam cam kering gile, kurus and gelap semacam jek warna..goreng balik agaknye..leftover semalam2..teruk2..

burger king sekali jek laa..tu pon sebab aku dok beli burger ape ntah..single beef something2…tak ingat..beli kat KLCC masa after balik kerja (cerita lama.. :p) cam hangus..haha..tapi burger king memang whooper burger tu takde sape la bule lawan..terbaek kay!! 😀 dak p’s fav pulak double swiss mushroom burger..pon sodap..tapi aku suke whooper sebab besar!! and aku baru jek perasan yang rupanya favorite burger dak p yang kecik cinonet tu lagi mahal rupanya dari whooper…

pizza hut? tengok cawangan mana yang aku pergi..some of it..sangat generous with toppings..mmg banyak and puas hati..tapi ade gak yang jenis kedekut taik idong masin macam pizza hut tu restoren bapak dier and kalau kasi topping lebih sket bule bankrupt agaknya..huu..

tapi aku tetap pergi gak makan kat 3-3 tempat tu..hahaha..

kalau kedai orang melayu, bila maju sket sometimes mesti ada yang nak kata diorang pakai mandrem la ape laa..tapi KFC, McD semua ni rasanya ada pakai mandrem gak ke? hahaha…

semoga dia ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..amin..

Petang tadi aku dapat berita yang opah aku (nenek sebelah ayah) telah pergi meninggalkan kita di dunia ini.

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi lebih ayah aku call cakap yang opah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Before this pon masa aku kat Kajang ada opah dimasukkan ke hospital. Sebab demam and macam takle bergerak ke camne ntah. Lepas tu masa aku dah kat KK ni, mak cakap opah dah ok and dah pon keluar dari hospital. Tup-tup pagi tadi dapat berita yang opah masuk balik hospital.

Daripada update ayah petang tadi pon mengikut kata doctor memang opah macam dah tunggu masa jek and petang dalam pukul 6.15pm tadi mak call bagitau yang opah dah pon kembali ke rahmatullah pada pukul lebih kurang 5 minit ke pukul 6 petang.

First time aku rasa cam terkilan sangat sebab tak dapat jumpe opah sebelum dia meninggal. Memanglah kita tak bule nak duga kan perkara macam ni. Tapi yang buat aku terkilan sangat tu sebab last 2 weeks yang aku balik Kajang tu, memang tak sempat pon nak jumpe opah, padahal memang takde ape pon yang dibuat, cuma aku jadik patah kaki nak kemana-mana sebab Alif takde car seat and takde sape nak pegang Alif. Mak pulak masa tu busy ngan gubahan hantaran dier. Ayah ntah la..ada kerja yang dier nak selesaikan.

Memang selalunya balik Kajang mesti jumpe opah tapi dah takdir agaknya kan. Yang paling sedih bila aku terkenangkan kata-kata ayah aku beberapa hari sebelum opah masuk ke hospital yang pertama kali tu..ayah cakap ‘opah cakap dia nak sangat jumpa alif’. Tu yang buat aku rasa macam sedih sangat. :_(

Pada malam sebelum opah masuk hospital masa aku kat Kajang tu, memang dah plan dah nak pergi jumpe opah. Nak ajak ayah..tapi malam tu pulak ayah cakap dia ada plan lain pulak dengan mak ngah. Pagi esoknya tetibe dapat tau yang opah kena warded. Jadi sampai ke akhirnya masa aku nak kena balik ke KK tu memang takde rezeki nak jumpe dengan opah. Rupa-rupanya memang dah takde rezeki aku nak jumpa opah and kasi opah jumpa Alif.

Kali terakhir aku and Alif jumpa opah was masa Majlis Birthday Alif yang pertama. Kalau nak disesalkan pon tak guna, yang pergi tetap pergi. Semoga opah ditempatkan dengan mereka2 yang beriman, segala urusan dipermudahkan dan semoga rohnya dicucuri  rahmat… Amin. Kepada kawan-kawan semua jom la sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk opah..

opah akan selalu berada dalam ingatan dan doa kami..insyallah..

opah

opah

kali terakhir Alif bertemu Opah...

 

Tsuki no koibito..Takuya Kimura..I loike!! :D

Baru jek habis tengok cerita tsuki no koibito a.k.a moon lover. Cerita ni is the latest drama of my favourite actor of the lifetime.. Takuya Kimura!! yeay..hehe

tsuki no koibito a.k.a moon loverkat jepun pon baru jek habis..lama tak lama tu tak sure la berapa lama..baru awal bulan ni abes rasanya..hahaa..aku pon tengok stream online jek kat viikii.net. Kat site tu banyak gak la cerita jepun korea etc ni..hehe..kalau nak tunggu dvd ke kat malaysia ni tak pon nak tunggu masuk kat TV ke cam memang tak tengok2 la agaknya..

sekarang ni pon aku tengok cerita jepun and korea pon cam dah kurang kat Malaysia..skang ni belambak2 cerita dari Indonesia jek..and filipina..

Pasal cerita baru Takuya ni detailsnye:

  • Title: ????
  • Title (romaji): Tsuki no Koibito
  • Tagline: Moon Lovers
  • Format: Renzoku
  • Genre: Romance
  • Episodes: 8
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2010-May-10 to 2010-July-05
  • Air time: Monday 21:00
  • Theme song: LOVE RAIN ~ Koi no Ame ~ by Kubota Toshinobu
  • Kabira Jay as Mineoka Yasuyuki

Synopsis

Hazuki Rensuke, the President of Regolith, is determined to increase his company’s market share in the house furnishing business. His life takes a different turn when three women enter the picture.

Cast

  • Kimura Takuya as Hazuki Rensuke
  • Shinohara Ryoko as Ninomiya Maemi
  • Lin Chi Ling as Liu Xiu Mei
  • Matsuda Shota as Sai Kazami/Cai Feng Jian
  • Kitagawa Keiko as Onuki Yuzuki
  • Watanabe Ikkei as Kijihata Togo
  • Hamada Gaku as Maehara Tsuguo
  • Mikami Kensei as Koizumi Keiichi
  • Nishiyama Maki as Eruka
  • Mitsushima Hikari (?????) as Anzai Rina
  • Nakamura Yuri as Kasahara Yuki
  • Abe Tsuyoshi as Min
  • Nagatsuka Kyozo as Onuki Shogen
  • Nukumizu Youichi as Tokita Ikuzo
  • Takenaka Naoto as Maruyama Tetsuji

source: http://wiki.d-addicts.com/Tsuki_no_Koibito

aku first jatuh chenta ngan takuya kimura ni masa tahun 2000..ingat lagi masa tu kitorang tengah nak amik SPM, selama 2 tahun dok asrama takde TV..tetibe nak dekat SPM ada plak TV..pelik aku..haha..first time tengok takuya berlakon cerita Beautiful Life. Memang best sangat cerita tu..sampai sekarang pon dah banyak kali gak ulang balik tengok..hehe..

dia memang pandai la berlakon ni..and hensem jugak..hohoho…hensem..hensem..hensem..sangat hot..aku suke..haha..cam saiko jek bunyi..neway en.husband memang dah tau aku gile ngan takuya ni..sejak bercouple ngan dier lagi dier dah tau pon..and apa yang lagi best..dak p pon suke gak ngan takuya..tapi part hot tu tak termasuk la kot..hahaha..

bagi sape yang tak kenal takuya kimura kegemaran aku ni.. (eh..korang duduk kat planet mana ni?? :p) ni ada gambar2 hot en.takuya..silalah berkenalan ye.. 😀

takuya kimuratakuya kimurawohohoho..kay laa..tu jek..

lately cam mood kurang untuk mengupdate blog..and semalam baru jek siapkan template baru untuk blog hantaran kahwin mak aku..belum upload lagi..malam ni kot baru upload..siang2 ni ramai yang masuk..kang terkacau plak..so better malam2 karang..kurang sket orang.. 😀

pasni ada nak buat keja mengupdate website ‘client’ aku jap..dier buat static website..so kena la ada maintenance and update bagai..kena buka file and update code ni..kalau pakai blog lagi sonang..aku rasa sekarang ni blog cam wordpress ni macam2 dah boleh buat..bukan setakat tulis personal blog jek..sbb wordpress ni memang flexible and template based ni buatkan kita free untuk design camne pon laa..bercakap pasal tu..portfolio aku pon tak siap2 lagi..hahaah..ada lagi satu benda jek lagi tak siap..and tak pulak nak sambung buat..haha..kalau tak kejap jek tu..

kay laa..chioww…