by beba | May 11, 2017 | Photobook |
Ingat tak lagi last time aku post pasal Blog Book ni. Alah, yang aku print blog posts dari blog ni jadi buku tu? Buku pertama yang siap tu ade aku cerita kat post ni:ย Blog To Book #1
Hari ni aku nak bagitau yang BlogBook #2 dah pon siap diprint. Hihihi.
Kali ni warna Soft Pink pulak. Kalau dah semua hitam je, nanti boring la pulak kan? So aku decide nak buat dia warna warni. Layout dalam dia aku guna style yang sama je macam buku yang lepas. Malas nak fikir..so maintain je concept yang sama. Ada la nampak macam ade kesinambungan gitu kan.. Mihmihmih.
So cam gini la lebih kurang a few pages from the blog book.
For BlogBook #3, insyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. Hahaha.. Voucher ada lagi satu yang expiry datenya bulan 8 nanti.
Kalau ada yang belum tahu lagi and nak tahu aku print kat mana mende alah ni, aku print guna servis Photobook Malaysia. Buku ni namanyaย 8″ x 11″ Medium Portrait Softcover Photobook. But instead of buat photobook, aku buat blog book aku ni lah. Hehehe. Kalau beli time promo dia murah je. 1 buku 40 pages cuma RM29.90 je. Harga sebenar boleh tahan gak sebenarnya. Hahaha.
Seronok tau baca tulisan kita sendiri dalam buku. Hahaha. Lagi-lagi cerita-cerita lama..tergelak-gelak baca sebab kelakar..hahahaha..ntah ape-ape je kadang tulis time muda-muda dulu..hahahaha.
Okay la. itu je buat masa ni. Nanti bebila aku cerita lagi.
by beba | May 9, 2017 | Our Life Stories |
Tahun ni, as last year ade juga bak kata kita dolu-dolu, Hari Kantin. Tapi tahun ni dipanggil ‘Bazaar’ gitu. Hahaha.
Aku bab mende gini memang tak join la sangat kan. Tapi aku pergi jugak lah and just bagi la contribution untuk jualan tu. Macam last year aku buat cupcake coklatย and a few brownies. Boleh tengok kat post aku sebelum ni pasal cerita last year punya Karnival:ย Karnival Sekolah 2016
So for this year, Alif kata cikgu suh wat Spaghetti. Huu.. Aku jarang masak spaghetti ni. Apakan lagi nak masak banyak-banyak. Hahaha. Jadinya aku tukar la ke other pasta. Aku buat Macaroni Goreng je.
Begitu la rupanya. Hahaha. Since kualiku kecil, aku terpaksa masak 2 kali. Owh as reference, mana la tau kot-kot ada mak-mak yang nak buat pasta juga ke untuk jualan hari kantin, aku share bahan aku guna. Simple je recipe ni. Tak banyak benda dalam tu.
Bahan-bahan ni boleh buat dalam 15 bekas 600ml containers. Tapi tak penuh la. IMHO better juga kalau beli container 500ml je. Nampak la penuh, ye dak. Mihmihmih.
So bahan-bahannya:
- 2 packets of 400g macaroni
- 400g Ramly mince meat
- 1-2 batang carrots*
- 1-2 biji bawang merah*
- 1-2 batang celery*
- 1 tin cendawan butang
- 1 botol sos pasta besar
- 2 biji tomato segar
- Sos cili
- Mixed herbs or oregano ke ape ke. Suka hati lah. Aku prefer guna Mixed herbs je
- Pepper black and white and Salt
Lebih kurang la tu kot. Bahan yang ada tanda ( * ) ย tu ikut saiz benda alah tu lah..kot besar ke kecik ke. Carrots, bawang, tomato and celery aku chop je ngan food processor. Senang koje acik. Hahaha.
Nak dijadikan kisahnya aku terlambat bangun..berkincah la kat dapur tu dok menyiapkan macaroni goreng ni. Macam ribut la kat dapur tu. Hahaha. Nasib la sempat jugak siap semua. Alif ngan ayah dia pergi dulu ke sekolah. Then ayahnya balik jemput aku ngan Azri. Sempat la Anas kirim gambar susunan macaroni aku tu. Hahaha. They were selling it for RM 6 sebekas. Gigih ke tak gigih aku dok siap melipat paper napkin tu letak garfu. Hahaha. Ngadekan..
Kali ni sampai-sampai macam banyak gerai yang dah tutup dok mengira keuntungan. Hahaha..ada lagi geraiย yang ade la lagi sikit barang nak perabes. Ada satu gerai ni tengah dok orang penuh kerumun, tengok-tengok rupanya dok jual Pizza Hut. Hahaha. Untung meniaga. Satu slice diorang jual RM5. As for Macaroni gorengku. Sold Out. Mihmihmih. Mak is happy.
Aku tengok ada la Face painting, then ade siap booth ‘Nerf Gun‘ tu. Abes laaaa Alif perabes coupon kat situ. Hahaha. Sekali main RM5, dapat 5 bullets. Punyala serious dia nak menang tu, sampai merajuk-rajuk bila Ayahnya tanak beli lagi coupon, dia nak try lagi. Hahaha.
Ada juga Bouncing castle tahun ni, but macam versi yang rendah je. Mungkin juga sebab kes yang viral baru-baru ni kot. Huu.
Siap ada kuda juga. Dah disebabkan coupon dah habis, jadinya Azri just bergambar je lah dengan kuda-kuda ni. Berselera tengok kuda ni dok makan rumput kat padang tu. Hahaha.
Dah setel round semua dan lihat ape yang boleh dilihat kat Bazaar ni, then bergerak la kita ke Art class pulak. Hehehe.
Tamatlah cerita untuk hari ni. The End. ๐
by beba | Apr 18, 2017 | On the Net |
Bila dah start balik godek-godek blog ni balik, macam-macam lah yang aku jumpe. Dan macam-macam lah yang aku nak buat. Hahaha. In the end dah tak juga siap-siap nak post new entry kat blog ni. Mihmihmih.
Aku hari tu perasan yang categories dalam blog ni banyak, tapinya ada few categories tu macam alahaiii ada la dalam 1-3 posts je dalam tu. Then macam rasa some categories tu redundant pon ada. Jadinya itu lah sebabnya… Aku decide nak restructure balik categories kat dalam blog ni.
Yeay..bunyi macam banyak je kerja kan. Dah la post dalam blog ni pon ade la dalam 800 lebih kot. Hahaha, bertabah la Mak.
Firstly aku list out balik semua kategori lama. Ada la dalam 26 gitu. Dan dipendekkan cerita, setelah dikaji dengan lebih mendalam. (cewahh ๐ย )ย Tinggal la 13 categories sahaja including sub-categories. Mungkin akan berubah lagi, work in progress kan katanya. Hehehe.
Some of the categories yang relevant tapi tak banyak sangat post aku convertkan ke tags. Bila dah lama berblog ni baru macam ada kefahaman lebih sikit pasal categories and tagging ni. Hahaha.
Sila ignore tulisan yang macam cakar ayam tu. Hahaha.
Bila tengok macam tu aku nampak gak la apa sebenarnya yang selalu aku ceritakan selain daripada our personal life stories. Jadinya aku akan just concentrate more on ape yang aku suka buat and hopefully my sharing tu akan memberi manfaat kat sesape yang sudi baca blog aku ni.
So mulai sekarang ni aku akan tambah lebih banyak sharing tentang felt crafts, especially currently aku tengah dalam mode ber ‘busy book’ ni. Actually dah lama aku sediakan satu template busy book as freebie for fellow casual crafters cam aku ni. Tapi tu lah, disebabkan lama aku menyepi dari dunia blogging ni, semua pon sunyi sepi la jugak kan.
InsyaAllah, nanti aku akan upload juga more of busy book activity pages yang aku tengah buat untuk Alif ni.
Cerita photobook juga akan diteruskan. Hihihi. Tapi itu cerita lain kali lah. Dah lari tajuk la pulak post ni.
Okay, sekarang ni ada la aku dah create new categories and already moved some posts to their new respective category. But still banyak lagi kerjanya ni. Nak buat satu-satu pening Mak Beba memikirkannya. Hehehe. Tapi terima kasih kepada En. Google dah pon jumpa solutionnya. Sat gi aku cerita. Meh tengok satu gambar dulu.
Ini screenshot sket few of theย categories yang ada and ape yang aku dahย ubah dan buat.
Lepas ni untuk move posts to a new category aku dah pon install satu plugin ni. Bulk Move namanya. Daripada dok buat satu-satu kan. Menangis nak siapkan. Hahahaha..
Dan juga lagi satu plugin penting kita kena ada kalau nak re-categorize balik blog posts ni, lagi-lagi kalau kita guna Permalink: category/postname, is this plugin, Redirectionย . Gunanya plugin ni ialah dia akan auto-redirect user yang click link post lama kita ke link yang baru.
Penting sangat-sangat ni tau. Sebab kalau kita tak redirect nanti sesiapa yang klik ke link lama kita akan dapat tengok 404 error page je nanti. Rugi tau. Google pon nanti takut dok penalized plak blog kita sebab banyak sangat broken links. Kalau pandai edit file .htaccess sendiri pon boleh juga. Cuma kalau beratus posts tu better la guna plugin je. Senang pon senang. Hehehe..
Dan, itu je lah yang aku nak bagitau kali ni.
p.s: Sunyi betul blog ni sekarang. Rindu zaman dulu ada ramai kawan-kawan datang melawat..hehehe..
by beba | Apr 15, 2017 | Our Life Stories |
Seriously, aku pon tak tau kenapa tetibe macam hot gila cerita pasal Ayam Goreng McDonalds ni kat Facebook. Sebab serasa aku memang dah lama gila dah kot McD jual ayam goreng. Aku ingat lagi dulu aku makan kat KL Sentral, masa tu masih muda remaja single mingle. Hahahaha.
Jadinya semalam, sempena cuti Good Friday kitorang bawa bebudak ni gi McD. Masa on day way ke McD tetiba Maknye pon datang mood gedik nak berselfie, dah bebudak ni pon sebok, nak jugeeee masuk gambo. Udahnya bertekak kat belakang tu. ๐
Ni je la gambar yang macam ada rupa semenggah sikit semua orang.
Dah alang-alang ke McD tu terpaksa la kan beli Ayam Goreng Spicy. Mihmihmih..
Amacam nampak menggoda tak ayam dia? Rasa la pedas dia, rempah dia, dan crunch dia tu. Krup krup gak la makan.
Bebudak ni lah yang paling seronok kat situ. Main beramai-ramai kat tempat mainan McD tu. Ramai juga orang tadi kat McD tu. Masa ayah beli makanan diorang main. Dah sampai makanan, makan dlu, then sambung lagi makan sementara tunggu mak makan dengan penuh keamanan menikmati Ayam goreng. Hehehe.
Sedap nau la tu gamaknya makan nugget tu. ๐ Sampai tertutup mata. Hahahhaa.
Kat McD tu pon ade McCafe, so mak pon layan la beli Mocha Chips secawan, and beli Muffin Chocolate juga. Sebelum ni pernah beli tapi tak sempat pon merasa makan muffin tu sebab budak berdua tu dok mengadap. Habis terus. Hahaha. This time dapat la rasa. Not bad la kot, Azri la lepas tu perabiskan muffin tu.
Habis sampai ke rambut muffin coklatnya. Mulut ngan bibir penuh coklat..hahaha.
by beba | Apr 5, 2017 | Our Life Stories |
Alhamdulillah.
Semalam 04.04.2017 kami berdua (Beba dan Anas) berkesempatan menyambut Wedding Anniversary kami yang ke 9 tahun. ๐ Kejap je rasanya masa berlalu. Ye lah. Anak sulung pon dah darjah 2. Hehehe. Adiknya dah pon 3 tahun.
Lama betul kan aku tak update blog ni. Kononnya nak active balik di dunia bloging ni. Hahaha..tapi tu lah. Cerita bukan takde. Macam-macam cerita ada kalau nak diupdate. Cuma bab nak edit gambar tu rasa malas. Hahaha. Nanti akan ku bayar hutang-hutang blog post 3-4 tahun lepas (janji pelesu)..hahahahaa..Okay lah. Berbalik semua kepada tajuk kita.
Sebenarnya Mak aku ada kat umah kami. Saja je dia datang. Mati kutu gak la kot Mak aku kalau duduk sini. Hahaha..patah kaki dia. Kalau kat Kajang nun, ada macam-macam aktiviti dia. But I’m happy she’s here. Ada geng borak-borak gosip terkini..hahahaha.. Anas boleh je diajak bergosip tapi ye la. Lain sikit gosip orang pompuan ngan gosip orang lelaki ni. :p Kesimpulannya cuma nak cakap. Sebab Mak ada sini dapat la tolong tengokkan Azri sekejap. So kami berdua je keluar.
Alkisah, semalam lepas balik appointment ngan doctor (disclaimer: no, I’m not pregnant or anything..hahaha..) sempat la kami berdua ‘dating’ sat, celebrate gitu. Pergi makan kek. Singgah masuk 2-3 kedai kat mall tu. Jalan-jalan sambil pegang tangan. hahaha..lama dah kot asik jalan keluar pegang tangan anak je.. ๐
Boleh pulak Anas siap dok record video. Hahaha..segan acik tau. At the end of our ‘date’ dia bagi aku video siap dia edit. Haha..Looking at the video, I’m sure I looked like one happy woman who is still in love with the same guy for 9 years. ๐ Mihmihmih.
p.s: Dear dak p, I love you.
Recent Comments