Lagenda Budak Setan..korang ingat lagi tak?

Aku bukan la peminat novel melayu..sepanjang hidup aku rasanya tak banyak novel melayu yang aku bace. Tapi one of them yang aku ingat is Lagenda Budak Setan. Aku tak tau bile novel ni keluar..tapi yang aku tau aku bace masa form 4 (1999). Masa tu aku rasa cam novel ni jadik hot pulak kat asrama tu…siap ramai la yang dok kate besh gile la, sedih la…sampai nangis2 la bace..kalau sorang dua tu cam ok la gak..aku ignore jek..tapi cam ramai plak..so aku cam terdetik plak nak bace..

LAGENDA BUDAK SETAN

Ni la bukunye..sebijik yg cover camni dlu yang aku bace..

Dulu buku ni main pinjam2 jek..ntah sape punye pon tak tau..main chop2 jek (cam chop shower nak mandi kat toilet asrama plak :p)…pergi kat orang tu..cam ‘eh..lepas ni sape ek’ sampai la yg last skali yg kate takde sape tu..haa..pastu tu kita la chop plak…buku tu dlu bapak la punya tebal ade gak more than 1000 pages kot. Masa dah sampai kat aku buku tu cam dah lunyai gak laaa…tak tau berapa banyak tangan da pegang buku tu..mesti bile tuan punye buku tu dapat balik buku dier cam menagis tengok condition buku tu..huu…

Pas dah sampai kat aku tu..aku pon start la bace…honestly aku rasa the novel mmg not bad laa (seingat aku la..honestly skang ni aku pon tak sure camne cerita dier..hehe..lupe dah.. :p) tapi takde la sampai pon menangis aku bace.. (note that masa ni aku mmg berhati batu sket..mmg susah la nak keluar air mata..hahaa) aku rasa aku start jadik cair leleh sket ni pas dah pandai berchenta :p

Sinopsis Lagenda Budak Setan:

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

So kenapa plak tetibe yang mengingatkan aku kat novel ni? Tadi aku blog walking tetiba aku terjumpa plak video ni:

Diorang dah adaptkan novel Lagenda Budak Setan ni to movie pulak..actually cam rasa nak cerita jek..takde plak rasa cam nak tengok..hahaha..sebab aku cam agak banyak kali kecewa ngan cerita filem melayu ni..

Incoming search terms:

  • sinopsis novel lagenda budak setan (29)
  • lagenda budak setan (21)
  • novel lagenda budak setan online (15)

Maggi Goreng Telur Mata..memang terbaek!! :D

Dulu aku kalau pergi mapley slalu gak order Maggi goreng telur mata ni..memang one of my favorite food gak laa..tapi sekarang ni buat jek sendri…lagipon bukannye susah pon..and yang penting jimat..hehe..kalau kat KK ni korang pergi mapley pon selalunye makan untuk dua orang mesti lebih dari RM10..tak tau la apsal mahal bebenor..huu..

Maggi goreng telur mata

Maggi goreng telur mata Puan Beba.. 😀

Ni versi malas..just pakai fishball jek and letak tomato.. 😀

tapi kalau tak letak telur mata pon buat versi lain pon ok..biasanya aku pakai jek apa yang cepat and senang.. 😀

Maggi Goreng..

Versi lain Maggi Goreng Puan Beba

versi yang ni just pakai hotdog jek and telur…tapi rasanya kalau nak sedap lagi..pakai daging ke..ayam ke..and letak sayur sawi sket…dlu ade buat yg tu..tapi tak snap plak gambar…

So just nak share resipi senang aku wat Maggi Goreng ni..

Bahan-bahan:

  • Maggi Kari
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sawi
  • Daging/Ayam
  • Tomato (I love tomato..asal boleh mesti nak letak..hehe.. :D)

Cara-caranya:

  1. Rebus Maggi tu sampai lembut and toskan.
  2. Potong semua yg patut dipotong.
  3. Goreng telur mata and letak tepi..
  4. Panaskan minyak and masukkan bawang merah and putih..bile dah naik bau masukkan daging/ayam.
  5. Bila daging/ayam dah cukup masak…just masukkan maggi mee yang dah lembut tadi tu and masukkan sekali perencah maggi kari tu and sawi sekali pastu kacau rata..
  6. Last skali masukkan tomato yg dah dipotong dadu tu.. (i like it fresh and crunchy! :D)
  7. Pastu siap la kot..tak payah tambah garam ke etc..sbb mmg dah cukup da semuanya.

Tu jek la kot..hehehe…owh..and baru2 ni aku cam terjumpa Maggi Me My Way. Rasanya cam contest. Hadiah dier mengancam gak la…worth RM30,000.  Just kena upload one video masa korang tengah prepare your own Maggi Mee.. 😀

 

Incoming search terms:

  • cara masak maggi goreng (84)
  • resepi maggi goreng (65)
  • cara membuat maggi goreng (62)
  • Maggi goreng (49)
  • resepi maggi goreng sedap (41)

Peserta Love is You and Me Contest; 01.04-05.04

Ni peserta2 yang dah hantar entry dari 01.04 – 05.04…

peserta love is you and me contest - week 1

Thanks for joining contest ku… 😀

Sebelum ni aku ade buat annoucement pasal one entry yang termasuk dalam spam comment aku..this is the exact phrase aku copy and paste balik kat sini (ada ubah sket2…)

Perhatian!!

Aku rasa aku ada terdelete satu comment penyertaan untuk Love is you and me contest. uwaaaa…sorry sangat siapa tu ek..aku tak sempat tengok pon..sebab comment dier end up kat spam aku..aku dah cakap dah not spam kat en.wordpress..tapi bile aku clear kan all spam si en.wordpress yang bijak ni delete pulak dengan comment yg aku cakap not spam tu…ape laaaa…to the contestant tu..maaf ye sesangat..harap2 bule bagi balik your link to me kay…sorry…..

Actually mmg tak sempat tengok pon link atau nama blog peserta ni..sebab aku memang nak tengok after dah clean up spam comments ni..huu..to the peserta..i’m so sorry..kalau awak bace ni..please leave a comment at the contest entry kay..and cakap that you’re the one yang saya terdelete entry tu..

Mintak ampun dan maaf ye..first time anjurkan contest jadi plak camni..huu..

Mama Adha’s Baby in Blue Contest

Wahh..sudah sangat lama rasanya tak masuk contest ni..hehee..tetibe sejak aku pon buat contest ni..cam rajin pulak aku nak masuk contest.. 😀

Before this pon pernah gak masuk contest Baby in Blue ni tapi cam takde rezeki…tapi kali ni cuba lagi laa, mana tau kot-kot ade rezeki..

So gambar En. Alif berbaju Biru yang nak dipertaruhkan:

baby in blue

Kategori : Boy (B)
Nama: Alif Bin Anas
Umur: 1 Tahun 2 Bulan

Gambar ni diambil masa Alif’s 1st Birthday Party kat rumah nenek dier kat Kajang, and just to let you know, kepala tu ialah kepala sang ayah..and gambar ini tidaklah dicrop untuk menyorok identiti sang ayah, tetapi cik/en. photographer yang telah mensabotaj sang ayah..

p.s: Kalau nak join contest ni sila lah ke blog Mama Adha.

Â