Hahaha. Fabulous la sangat kan. Tapi memang aku tersangatlah puas hati dengan rupa pintu aku ni selepas di ‘makeover’ kan ni.
Memang dari hodoh, kusam, berkeladak, sekarang ni 100% comel, cantik, sedap mata memandang. Masa mula-mula tak biasa tengok pintu warna lain ni rasa macam satgi keluar kat tempat lain je. Hahahaha. Kot sampai ke Wonderland ke pe ke.
Kalau ada yang bertanya, ‘Mana nya gambar ‘sebelum’ pintu tu?’. Sesungguhnya aku tak tergamak nak ambil gambar sebelum pintu aku tu. Sebab memang tak lalu dah nak tengok. Hahaha. Jadinya takde la gambar before. Gambar after je yang ada. Maaf la ye.
Beginilah rupa pintu aku selepas di letak make up transform jadi comel. Hehehe…
Cun la tu kan. Hahaha.. Jangan pula dibandingkan dengan hasil kerja professional artist plak. Memang la jauh panggang dari api. Hasil amatur je ni. Almaklum lah mana pernah buat kerja macam ni. Mihmihmih
Azri la saksi aku dok buat mengecat pintu ni. Dan dia juga yang pertama sekali cakap ‘Cantik, mak, cantik!’
Sedap hati mak dengar. Hahaha.
Kat bawah ni pula, deco untuk board. Malam tu juga aku buka laptop dan mula berkarya pakai software baru pengganti photoshop. Itu nanti pula aku cerita. Hahaha. Sebenarnya takde la karya apa pon, untuk personal je kan bantai je ambil ape segala gambar yang ada kat google tu, dan paste je. Print pastu siap lah.
Just in case kalau korang nak tau apa jenis cat yang aku guna untuk pintu ni. Boleh tengok gambar kat bawah ni. Aku guna acrylic paint. Yang tube besar tu aku lupa beli kat mana, sebab dah lama sangat aku beli. Konon-konon ada la projek nak buat. Tapi tak menjadi dah bertahun. Hahaha. Jadi aku guna saja lah untuk buat projek door makeover ni.
Yang satu lagi tu, yang acrylic color set tu aku beli kat Mr. DIY je. RM4.90 kot kalau tak silap aku. Kecil je tube nye. 6ml per color. Ada 12 warna semuanya. Aku campur-campur je warna. Ada la juga a few warna yang masih belum bersentuh.
Seronok juga sebenarnya aku dok mengecat tu. Macam artis plak perasaan tu. Hahahaha. Tapi yang paling best tu bila orang appreciate kerja kita. En. Laki pon approved and cakap cantik. Siap dah dia suruh aku cat lak pintu lagi 2 kat rumah ni. Hehehe.. InsyaAllah akan dikerjakan tak lama lagi. Kalau dah buat nanti aku share lagi hasilnya. Harap menjadi la kan next time.
Untuk next project door makeover ni aku dah ade inspirasi dah nak buat warna apa. Untuk bilik Alif pula.
Yeah. Just registered an account for myself at Github. For what? I’m not sure. Hahaha. But it does look interesting. Hopefully I can contribute something there. 😀
I’m now learning a little python programming (very basic) and working on to build some dummy Visual Novel game using Renpy (just some random boring story, only to make it fun for me learning the language and which I’m not so sure when it will be finished OR if it will ever be finished. Hahaha). In this game I would love to include some kind of day-to-day transition and some calendar system that can be use to track the date/day and also a mobile messenger system. I did write about this (not in much details) before in my post: Percubaan Mak Beba Buat Game. Erk..
So far I’m done with the former and still working on the later.
The short version of the story is, I found a forum sharing a lot about Renpy’s coding and also lots of them shared their codes from just about anything. So I found this really good code for the days transition and calendar. All the hard work had been done. But for the previous version of Renpy. He did start to make it works on the latest version of Renpy but stopped halfway. So I just picked it up and finished what is not and also add a little bit more function to it. I guess I will share this code later in my github (after I know how to use it) 😀
As for the messenger system I could not find exactly what I wanted, but I did found an email messaging system. So right now, based on that I’ve started to tweaks the codes or whatever you called it and add some, to make it work as I intended. I do hope somehow I can finish this one too. Or it might take a while if it is much more complex than I’ve anticipate.
So, that is all. I hope there will be more updates on this topic soon..:)
Lama juga aku dah tak buat kek batik. Tapi kali ni aku cuba resipi baru yang adik aku guna. Dia ada buat dulu, sedap pulak kejadiannya dan resipi ni pon tak pakai telur.
Ntah macam mana serious kali ni rasa macam kejap gila lah siapnya. Hasilnya adalah sangat memuaskan hati. En. Laki saya pon kata sedap. Mihmihmih.
Kalau ikut resipi asal dari adik aku si Zahidah tu, pakai sepeket kecil Milo. Aku takde sepeket ade setin besor je. Hahaha. Dan tak tahu berapa gram lak sepeket tu. Dah la aku cari timbang aku pon macam dah hilang. So selepas google sket sana sini. Aku tukar sikit lah resipi nya dan aku lagi suka ada rasa pahit-pahit coklat tu lagi.
Jadinya kalau nak cuba kek batik version takde telur style mak Beba, bolehlah ikut resipi kat bawah ni ha. 😀
RESIPI KEK BATIK SEDAP & MUDAH MAK BEBA
Bahan-bahan:
1 1/2 cup Milo
1/2 cup Cocoa Powder
250g Butter
Half packet biskut Marie or secukupnya lah, depend on besar mana paket biskut tu.
1/2 tin Susu pekat
1 TBS Vanilla Essence
Cara-cara:
Cairkan butter dalam pan ke kuali ke suka hati la kan.
Tambahkan susu pekat dan vanilla essence. Kacau rata.
Masukkan Milo dan cocoa powder tu sikit-sikit sambil kacau bagi sebati semua tu.
Tutup api dan bagi sejuk sikit, sementara tu boleh patah-patahkan biskut marie tu.
Tuang je biskut marie dalam tu dah kacau la dia bagi bersalut.
Lepas tu masukkan dalam bekas, padatkan dan simpan dalam peti ais. Sebaiknya semalaman gitu.
Pastu boleh la makan…yum yum..sedap..hehe..
Ade orang macam rajin dok layerkan kan bagai selang selikan biskut dan coklat tu. Kalau style aku takde la rajin sangat nak buat gitu. Hahaha. Humban je semua.
Dok buat post ni terasa macam sedapnye lah kek batik..hahaha..bila la nak buat lagi ni. Dah habis dah yang buat hari tu. Al-maklumlah cerita lama ni. Huhuhu. Okay lah ni je cerita kali ni. 😀
Aku tengok seronok betul kawan-kawan post pasal pergi open house, makan sedap-sedap. Jeles pon ada. Ye lah. Bab makan ni memang aku suka. Hahaha. Tapi tu lah. Dah seminggu juga la kitorang ni melepek kat rumah.
Kata doktor kena demam viral. Ye la tu gamaknya. Pembawanya ialah tak lain tak bukan ialah Si Ayah bebudak ni.
Lepas tu dapat ke aku. The next day, Alif pula kena. Azri masih lagi berjaya mengelak dari berjangkit. Berjemaah la kitorang gi klinik.
Survivor kita bagi nasihat suruh jaga kesihatan. Hahaha. Tapi lepas tu dalam sehari dua dengan dia pon kena sekali. Dah join melepek bersama-sama.
Dia pula lepas tu pergi klinik ambil ubat juga. Tekak dia dah merah dah. Dah la budak sorang ni memang dari kecil sampai la sekarang ni memang susah bagi makan ubat. Tapi hari tu kesian juga aku tengok dia. Walaupon meleleh-leleh air mata dia tapi dia bukak juga mulut makan ubat tu. Bagus anak aku ni. Hehehe.
Kalau dah satu rumah semua sakit memang sunyi je rumah, rasa down je. Gelak ketawa pon dah tak dengar dah. Ni dah seminggu ni at least Alif dah ok la tu kot walaupon belum sihat betul lagi. Dah lama sangat pula dia tak pergi sekolah.
Aku cakap ngan Azri, dengan minyak garlic and letak air lemon bagai ni kalau masuk oven sedap ni. Hahahaha..
Dalam seminggu ni dia macam penyakit tu pusing-pusing gitu..taknak pergi completely. Azri macam 2 hari lepas first demam tu dia macam dah ok. Tinggal sikit je ade batuk gitu. Then semalam tetibe macam naik balik demamnye. Alif pon gitu.
Tu lah al-kisah kami yang terkini. Kepada kawan-kawan yang sudi baca cerita mandom aku ni terima kasih la ye. Tolong doakan kami sihat secepat mungkin. Mandom sungguh hari-hari kami ni. Hehehehe. Moga Allah berikan kita semua kesihatan yang baik. InsyaAllah. Amin.
Bersambung lagi cerita Raya Aidilfitri kami sekeluarga untuk tahun 2017 ni. Kalau kot korang belum baca lagi part 1 boleh la baca kat sini: Raya Aidilfitri 2017 – Part 1. Post sebelum ni cover cerita dari malam raya hinggalah raya ke-2.
So untuk post ni cover untuk hari ke-3 dan seterusnya. 🙂 which is tak banyak cerita pon. Hahaha.
Raya ketiga ni, geng Beranang, nenek, atuk, mak pak saudara dan sepupu semua ramai-ramai kitorang raya ke Labohan Dagang. Memang antara aktiviti tahunan juga ni. Ada la juga kadang-kadang missed. Hahaha.
Tapi tak rajin la pula kan nak bergambar. So ada la sikit gambar ni je ha. Tapi ada satu video Azri yang memang wajib simpan dalam blog ni. Hahaha. Nanti lepas tunjuk gambar ni karang.
On da way dalam kereta tu biasa je bebudak ni. Aman gak lah sebab ayahnya bagi main handphone sorang satu. Jarang gak dapat ni. Macam special occasion la tu. Mentang-mentang raya. So mak kasi la tutup sebelah mata je. Mak pon biasa la. Dalam kereta takda benda nak buat apa lagi. Amik la gambar selfie sekeping dua. Hahaha. Azri pon elok pulak dia pon join sekali kat belakang tu. Hahaha.
Sampai je sana, salam-salam semua duduk la mengadap kuih raya. Haha. Biasa kalau kitorang pergi rumah kat sini memang wajib diorang jamu makan nasi lauk yang memang terbaik sedap punya. Hahaha. Tak pernah la tak sedap makan kat sana.
Sambil menunggu main course, sempat lagi dok selfie laki bini. Ni pon agenda jarang berlaku. Hahahaha.
Kamera sape la blur semacam gambar ni. Hahaha. Ntah apa-apa je kan gambar yang ambil time raya ni. Tak melambangkan raya langsung. Hahaha.
Okeh ni pulak gambar bebudak ni dengan dua pupu diorang. Yang perempuan berdua ni anak sepupu aku si Yatie. Tiqah dan kakaknya Iqin.
Kali ni nak belanja satu video Azri menyanyi. Hahaha. Lagu ni aku tak tau la mana dia dapat. Aku pon tak dapat nak detect dari mana asalnya dan ape maksud perkataan tu. Banyak kali dah aku tanya Azri. Dia pon tak tau ape maksud perkataan yang dia nyanyi tu. Hahaha. Tapi memang wajib simpan la video ni. Kenangan tu. Hahaha. Dah besar esok tunjuk balik kat Azri. Hahaha.
Selepas kitorang selesai menjamu selera, dah kenyang perut suka hati serta dah bersalam-salaman dengan tuan rumah. Masing-masing pon menghala balik ke rumah atau pon ke destinasi yang lain. Kitorang sempat melencong pergi mall sekejap. Hahaha. Jalan-jalan cuci mata.
Fast forward to next the Sunday on 02.07, disebabkan aku dah nak balik and itu la last weekend yang ada. Jadinya mak aku buat open house hari ahad tu. Alhamdulillah, meriah la juga. Ramai kawan-kawan yang sudi datang. Terima kasih. Hehehe.
The usual bunch. 😀 Kawan-kawan aku dari zaman SMSS. May our friendship last forever. Gitu. Hahaha.
Bawah ni gambar Azri dan Azri. Hahaha. Memang wajib la kena amik gambar sesama bile berjumpa diorang berdua ni. Mihmihmih.
Jadinya. Ini je lah cerita Raya kitorang untuk tahun 2017 ni. Terima kasih kerana sudi membaca. 🙂
Recent Comments