Jadinya cerita versi pendek nya, baru-baru ni, ada lah dalam dua tiga bulan juga la kot, tak ingat la sebab apa tapi terasa macam menarik je nak belajar buat benda alah 3D ni.
Dulu masa belajar kat universiti ada la juga dua subjects belajar buat 3D ni. Masa tu guna 3dsMax dan Maya. Tapi itu cerita 20 tahun lepas. Hahaha. Jadinya memang senang kata belajar balik la semuanya dengan software 3D baru ni.
Software yang aku pakai namanya Blender. Free dan open source software. Sesuai untuk mak duduk rumah takde income ni. o_o . Hehehe. Cikgunya. Kat youtube je. Ramai yang pemurah bagi ilmu percuma juga. Mihmihmih.
Tutorial pertama yang aku ikut ialah daripada channel Blender Guru. Macam glemer la dia ni di kalangan pengguna Blender. Kalau ada beginners yang tanya mana nak mula, ramai akan recommend channel ni. ‘We all started with the donut’ gitu. Hahaha..
Jadinya inilah hasil pertama aku ikut tutorial ni.
Rasanya ok la ni untuk permulaan. Lepas tu terus upgrade sikit, ikut tutorial intermediate la kira, masih lagi dengan Blender Guru, buat anvil pula.
Untuk gambar yang ni aku tambah extra effort sikit untuk belajar volumetric lighting juga.
Dah macam promote channel Blender Guru dah ni. Hahaha. Apa-apa pon kalau nak belajar guna software Blender ni boleh tengok channel dia: Blender Guru.
Aku ni jenis kalau benda baru, masih fresh ni memang macam semangat dia tu lebih. Tapi lama-lama nanti dia slow down sampai la langsung tak sentuh dah. Huhu.
Untuk practice project ketiga aku cuba nak replicate gambar yang aku jumpa kat internet.
Gitu lah hasilnya. Nampak la fakenya tu. Hahaha. Lagi-lagi bab kotak hadiah dan ribbon tu. Frosting pon tak berapa nak cantik. Tapi takpe kalau semua nak perfect bila nak siap ye dak. Kita proceed to the next project pula. It’s all part of the learning process.
Rasanya macam dah panjang dah ni. Jadi aku rasa elok aku buat post in few parts. Nanti sambung lagi. 🙂
Terima kasih kepada sesiapa yang baca sampai ke akhirnya. Hehehe.
Laju betul rasanya masa berlalu. Dah pon 11 bulan budak kecik, anak bongsu aku ni. Sejak semalam aku tengok dia dah pandai berdiri sendiri without support. Hebat!
Hahaha. Mak mesti la banggakan dengan anak sendiri. Siapa lagi nak bangga. Ni ada la gambar sikit. Tapi semua pon lighting ke laut, dah tu kena zoom dari jauh pulak tu. Kalau dekat-dekat dia tau kita nak ambil gambar nanti dia sebok lak nak datang kat kita. Jadinya mak jadi paparazi ambil gambar dari jauh senyap-senyap ^_^;
Sempat la juga aku rekod video dia berlatih, senyap-senyap juga, tapi akhirnya kantoi juga. ^_^;
Sekian laporan Mak Adam dari Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Mihmihmih.
p.s: Ntah bila lah nak tukar template blog ni. Hahaha. Dok sebok buat benda lain pula sekarang ni. Hobi baru masih panas-panas gitu. Kat FB memang dah ada dah cerita. Tapi tu lah. Blog ni dah lama bersawangkan. InsyaAllah, aku cuba semula untuk merajinkan diri update di sini.
Pernah dulu, satu masa dahulu, blog ni boleh dikatakan mempunyai pembaca yang agak boleh dibanggakan. Hahaha. Tak lah banyak. Tapi tetap ada. Bila ada post baru mesti ada yang baca dan bagi komen. walaupon sebaris. Seronok juga hati kecil aku ni. Tak kisah la kan walaupon yang komen tu suami sendiri. Tapi sekarang ni En. Laki aku pon dah tak rajin nak komen pon kalau ada post yang aku buat. Baca pon tidak gamaknya. Hahaha.
Sekarang ni memang sepi blog ni. Aku sendiri pon susah benar kalau nak buat satu post pon, jangan kata satu sehari, satu post seminggu pon payah. Nak buat satu post sebulan pon macam dah tak juga ni. Adeh. Mood nak mengarang tu macam dah melayang ke mana ntah. Padahal dulu ada satu masa aku memang wajibkan diri untuk buat satu post satu hari. Tak kisahlah samada panjang atau pendek. Yang PENTING, mesti ada.
Ke manakah semangat yang aku ada suatu masa dulu tu? Aku pon masih lagi tercari-cari.
Seronok sebenarnya berblog ni. Walaupon aku cuma blogger picisan, yang cuma bercerita tentang perkara-perkara biasa. Perkara yang aku rasa perlu aku simpan sebagai memori, yang boleh kami sekeluarga rujuk di kemudian hari.
Bukan semua benda kita boleh ingat kan. Dengan berblog ni, aku boleh cari balik tentang pengalaman lalu yang macam dah samar-samar je dalam ingatan ni dan baca semula.
Banyak memori, banyak cerita terutamanya berkenaan budak-budak ni yang nak ditulis. Terutamanya Azri dan Adam. Terlalu sedikit cerita tentang budak berdua ni. Maafkan Mak ye. Huu. Abang Alif dulu memang zaman kegemilangan Mak berblog. Memang tak putus cerita setiap perkembangan Alif.
Moga semangat aku untuk kembali berblog ni akan datang semula. InsyaAllah. Gambar di kala rajin menulis.
Ntah apa lah yang aku tulis bulan April 2010 tu. Hahaha. Sampai 40 posts kot tu. Hahaha.
Alhamdulillah. Hari ni dah lepas dah dari kena ambil darah untuk check kuning Si Adam. 6 kali gak lah kena berulang setiap 2-3 hari gitu ke Klinik Kesihatan.
Anak-anak aku semua pon memang ada jaundice, tapi cuma Azri sorang je la yang merasa duduk bawah lampu biru tu. Double lagi atas bawah lampu masa 2 hari pertama dalam wad. Ada dulu aku buat blog post pasal Azri kena jaundice ni: En. Azri masuk hospital sebab jaundice.
Berbalik kepada tajuk, masa mula-mula pergi untuk check jaundice tu memang ada lah nampak sikit kuning-kuning kat muka Adam. Lepas check syukurlah bacaan tak tinggi sangat, cuma 187 je. Jadinya cuma kena ulang je la datang esoknya untuk check darah.
Dipendekkan cerita bawah ni bacaan bilirubin Adam dari awal sampai la hari ni:
28.05 – 187
29.05 – 180
01.06 – 147
04.06 – 119
07.06 – 110
09.06 – 98
Yang bagusnya si budak Adam ni bila dia dah tidur tu sampaikan kena cucuk kat tumit kaki pon relaks je. Ada la bunyi sket ‘ ngeh’ gitu, muka berkerut sikit, lepas tu sambung balik tidur. Hahaha.
Hari ni En. Adam kita dah 17 hari. Timbang berat tadi 3.8kg dah dia. Alhamdulillah, elok bertambah berat badan dengan susu Mak. Cerita pasal breastfeeding aku memang tak pernah tak challenging. Haih..harap-harapnya ada harapan la lagi untuk Adam direct feed ngan aku. Kalau tak pam-pam-pam je la selagi mampu. Macam masa abang Alif dia.
Sekarang Mak tengah pening macam mana nak manage susu ebm untuk Adam nanti nak balik kampung dan nak naik kapal terbang nanti. Adeh. >.<
p.s: Usaha untuk me’makeover’ blog masih dalam fasa ‘research’. Hahaha. Masih belum dapat lagi gambaran macam mana rupa bentuk design template untuk kali ni.
Syukur kepada Allah, pada 24.05.2018 lahirkan anak kami yang ke 3. Seorang lagi hero yang bakal membingitkan lagi suasana rumah kecil kami ni. Hahaha.
Kali ni boleh dikatakan nama Adam ni dipilih sebulat suara oleh abang-abang dia. 🙂 Masa dah hujung-hujung pregnancy tu memang selalu juga la Alif dan Azri bergilir bertanya soalan ‘Mak, bila Adam nak keluar?’ Hahaha..sampaikan malas dah la Mak nak melayan lagi dah.
Secara tidak langsung juga, Adam adalah hadiah dan rezeki buat kami sekeluarga sebagai meraikan 10 tahun usia perkahwinan kami. Mohon kawan-kawan doakan hubungan kami sekeluarga tetap kukuh dan utuh selamanya sehingga ke syurga. InsyaAllah. 🙂
Jika ditanya ‘Tak nak ke tambah girl pulak lepas ni?’ InsyaAllah jawapan nye ‘Mungkin tidak’. Hahaha. Kalau lagi beberapa tahun lagi tak pasti la kan kalau masih sama jawapan yang aku bagi. Tapi buat masa sekarang ni memang cukup lah. Hahaha.
Pengalaman bersalin Si Adam ni memang lain sikit dari abang-abang dia, sebab buat pertama kali nya kami memilih untuk bersalin di hospital kerajaan atas sebab kesihatan aku. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dari mula mengandung sampai ke bersalin, penyakit aku stabil dan baby Adam pon membesar dengan sihat dalam perut Mak dia, sampaikan overdue 4 hari baru dia nak keluar. 😀
Tapi tu nanti kalau rajin aku buat post lain lah. InsyaAllah. Hahaha.
Recent Comments